
Glokal adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan lokal. Global bermaksud antarabangsa, internasional dan menjangkau seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini.

Glokal adalah penyatuan minda dan penyatuan tindakan yang memberikan
MuZiK GlOkAl

Empat tindakan untuk menjana Glokal.
2. Menjana Ekonomi Untuk Pembangunan Glokal.
3. Memperkuatkan Jati Diri Glokal Melalui Transformasi Budaya.
Marilah kita bersama membuat lonjakan berganda demi menjana Glokal yang bermaruah di arena negara dan bermartabat di persada dunia.
Pembangunan infrastruktur moden dan canggih yang. dinikmati negara ini tidak membawa makna sekiranya pembangunan modal insan diketepikan. “Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan”. Demikianla di antara ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Selepas 49 tahun merdeka, kerajaan tetap memberi penekanan kepada pembangunan modal insan bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing pada masa depan, khususnya ketika menjadi negara maju menjelang 2020. Seperti beberapa dasar terdahulu yang dikemukakan Perdana Menteri, iaitu Islam Hadhari dan pelan integriti nasional, pembangunan modal insan dalam RMK-9 juga dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu.
Dengan kata lain, pembangunan modal insan dalam RMK-9 turut memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi falsafah hidup, agama dan moral. Modal insan diperlukan mempunyai ciri yang memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri inilah yang terangkum dalam gagasan minda kelas pertama.
Perdana Menteri telah mengklafikasikan ciri-ciri minda kelas pertama yang meranngkumi aspek pendidikan, pengetahuan, dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Pembangunan minda kelas pertama memerlukan persekitaran mesra ilmu, prointelektual dan berasaskan pencapaian. “Minda kelas pertama tidak terbentuk dalam persekitaran sinonim dengan budaya hedonisme, ampuisme dan rasuah. Minda kelas pertama tidak bercambah jika ukuran ilmu hanya diasaskan kepada jenis sijil dan tahap kelayakan akademik.
Dalam persekitaran merangsang pembangunan minda kelas pertama, ukuran ilmu dan pencapaian ialah kegigihan, iltizam, sumbangan konkrit dan gaya hidup berasaskan kepentingan nilai ilmu”. Antara definisi yang agak komprehensif tentang modal insal ialah definisi yang ditampilkan oleh Aini Jaafar, Pakar Perunding Kaunseling UIAM. Beliau mentakrifkan modal insan sebagai :“Suatu istilah ekonomi yang baru. Dari istilah ini juga jelas ia menggambarkan daripada fahaman kapitalisme. Dengan itu manusia hanya dilihat sebagai buruh dan pengusaha. Perubahan dan kemajuan yang dicapai oleh dunia secara keseluruhannya, membuatkan pakar ekonomis melihat manusia mempunyai kualiti yang lebih dari sekadar buruh atau pun pengusaha. Kualiti ini pula dilihat dari sudut aset”.
Beliau juga menyatakan manusia adalah suatu sumber yang sungguh besar dalam mengaktifkan segala kegiatan ekonomi. Setakat ini, belum ada pihak yang dapat menentukan secara spesifik ´extent´ (tahap) kemampuan sumber itu. Maklumat terkini hanya menunjukkan betapa ´varified´ (pelbagainya) kemampuan manusia. Walau bagaimanapun, dalam konteks ekonomi, kepentingan sumber manusia dilihat secara perbandingan, iaitu dengan sumber semula jadi lain seperti tanah, hasil galian, dan pelbagai sumber kekayaan semula jadi lain lagi. Semua ini tidak akan berfungsi dan bermakna, sekiranya usaha manusia tidak dilibatkan secara langsung, aktif dan inovatif.
“Dengan itu, manusia dilihat sebagai suatu jenis modal yang dinamakan sebagai modal insan, iaitu sebagai suatu aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan negara, mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Modal ini perlu digerudi, dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum memanfaatkannya,” ujar beliau.
Justeru, kerajaan menerusi RMK-9 bakal melaksanakan program pembangunan modal insan itu secara bestari, merangkumi pemerolehan ilmu pengetahuan serta kemahiran atau modal intelek yang praktikal.
Pendekatan strategik yang bakal digunakan termasuk keupayaan keusahawanan, pengetahuan sains dan teknologi, memiliki sikap, nilai dan etika positif serta progresif menerusi pendidikan dan latihan. Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merangkap Ketua Pegawai eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Prof Dr. Shamsuddin Abdul Rahim, menjelaskan bahawa pembangunan modal insan penting sebagai pengisian utama di kalangan remaja dan belia khususnya pelajar masa kini. “Mencapai kemerdekaan hanyalah permulaan.
Bagi memastikan negara terus maju, penekanan terhadap modal insan di kalangan remaja dan belia perlu ditekankan dalam semua aspek kerana merekalah generasi pelapis”. “Pendedahan dan pendidikan mengenai kemanusiaan yang mengetepikan prejudis, ekstremis, individualistik dan sebagainya, dan diganti dengan toleransi dan sebagainya, perlu diteruskan bersesuaian dengan tahap ketinggian ilmu yang mereka sedang pelajari. Begitu juga dengan aspek patriotik, kroni, ataupun amalan rasuah kolar putih, boleh didedahkan kepada mereka dengan menyelami secara menuding ke arah diri sendiri”.
Pembangunan modal insan di kalangan remaja dan belia juga perlu diseimbangkan supaya tidak pihak terpinggir. “Kecenderungan kini adalah menumpukan kepada pemulihan golongan belia bermasalah atau meraikan belia cemerlang dengan pelbagai insentif, berbanding usaha memajukan golongan majoriti belia yang mungkin tidak menonjol kerana kurang bimbingan untuk memaksimumkan keupayaan,” ujar Shamsuddin lagi.
Shamsudin menjelaskan bahawa pendekatan paling wajar ke arah merealisasikan kelahiran insan kelas pertama ini ialah pemerolehan ilmu pengetahuan sepanjang hayat. “Usaha murni ini tentunya perlu bermula pada peringkat awal lagi iaitu seawal sekolah rendah. Pastinya nanti pembaharuan dalam sistem pendidikan negara secara berperingkat-peringkat itu bakal melahirkan insan yang serba boleh lagi berketerampilan. Hal demikian dapat dilakukan apabila sistem pendidikan jangan terlalu menekankan keputusan cemerlang, gemilang dan terbilang dalam peperiksaan”.
“Kecemerlangan pelajar harus dilihat daripada semua aspek mencakupi sahsiah, rupa diri hingga kepada pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Bagi maksud ini, memang wajar guru diberi pendedahan dan kursus intensif untuk mendapatkan pendekatan baru bagi menggiatkan bidang berkenaan”. Beliau turut menyentuh isu masalah remaja yang terbabit dengan vandalisme, penagihan dadah, salah laku, dan samseng memerlukan penerapan nilai murni dalam kegiatan di luar bilik darjah supaya nanti anak didik ini menjadi warga yang tahu menghormati hak orang lain khususnya ketika di jalan raya. “Apa yang perlu kita lihat ialah pendidikan secara menyeluruh dan lengkap atau disebut sebagai holistik. Pendidikan tidak harus dilihat semata-mata untuk kepentingan peperiksaan. Penimbaan ilmu secara berterusan pastinya dapat menjana kelahiran modal insan bertaraf minda kelas pertama”.
“Minda kelas pertama tidak terbentuk dalam persekitaran sinonim dengan budaya hedonisme, ampuisme dan rasuah. Minda kelas pertama tidak bercambah jika ukuran ilmu hanya diasaskan kepada jenis sijil dan tahap kelayakan akademik. Dalam persekitaran merangsang pembangunan minda kelas pertama, ukuran ilmu dan pencapaian ialah kegigihan, iltizam, sumbangan konkrit dan gaya hidup berasaskan kepentingan nilai ilmu,” tambah beliau lagi.
Sehubungan itu, inisiatif RMK-9 untuk meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti pada semua peringkat perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Inisiatif ini diharap dapat membuka mata dan minda agar lebih proaktif, dinamik dan berpengetahuan untuk melakukan pembaikan dan inovasi, di samping pemantapan asas akhlak dan keinsanan yang kukuh. Inisiatif lain seperti melahirkan institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa juga perlu dirangka dalam perspektif minda kelas pertama.
Samsuddin menambah, sesebuah universiti ternama bukan hanya pada nama, sejarah dan bangunan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan peralatan canggih tetapi insan di dalamnya perlu mempunyai kekuatan fizikal, mental dan rohani. Penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi serta kemanusiaan membolehkan Malaysia membina satu tamadun yang disegani di dunia. Tamadun Malaysia perlu dibangunkan mengikut acuan sendiri dan ia hanya dapat ditampilkan melalui penguasaan sains dan teknologi serta tidak lupa kepada jati diri bangsa sendiri.”Memperkasa sumber modal insan bakal menyediakan Malaysia dengan satu corak pembangunan berasaskan acuan sendiri yang tidak menolak faedah dari Barat dan Timur. Bangsa Malaysia perlu berciri global dan glokal. Apabila kita tawan dunia ia turut disertai jati diri bangsa Malaysia yang asli dan utuh, jangan sampai lupa bumi yang dipijak,” ujarnya.
Dalam perutusan sempena Hari Pekerja 2006 Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan bahawa pembangunan modal insan bermindakan kelas pertama perlu diberi keutamaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju beridentiti sendiri. “Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan serta ingin menjadi bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu terus kekal pada tahap itu, pembangunan modal insan berminda kelas pertama harus diutamakan” .
Selain itu, Perdana Menteri memfokuskan golongan pekerja yang merupakan aset terpenting sesebuah negara hingga mampu menentukan turun naik dan jatuh bangunnya sesebuah negara. “Sememangnya modal insan negara perlu terus digilap kerana ianya merupakan elemen terpenting dalam memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan, lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang amat mencabar ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan yang mantap bersifat holistik dan menyeluruh serta bertunjangkan sains dan teknologi”.
Perdana Menteri yang mengharapkan rakyat sebagai modal insan pula perlu terus memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membudayakan semangat pendidikan sepajang hayat. “Ini penting agar modal insan negara sentiasa menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini dan ditunjang pula dengan nilai-nilai murni agar menjadi tenaga kerja yang dinamik dan menghayati budaya kerja berprestasi tinggi”.
“Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat,” ujar beliau lagi .
Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Mohd Salleh, berkata pembangunan modal insan bukan saja penting kepada pertumbuhan masyarakat, malah memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi.
“Modal insan mempunyai dimensi yang luas iaitu daripada aspek individu, masyarakat dan ekonomi. Dengan memperkukuhkan modal insan itu sendiri, ia akan menggalakkan peningkatan produktiviti negara, sekali gus akan menjana pendapatan lebih baik di samping mewujudkan peluang pekerjaan”.
Melihat kepada contoh negara yang mana aset materialnya rendah seperti Korea Selatan dan Jepun, mereka berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding negara maju lain. Kejayaan yang dicapai kedua-dua negara itu sering dijadikan model oleh negara lain, termasuk pesaing dalam menangani aspek nilai dan jati diri sebagai pemacu kepada pertumbuhan negara.
“Dengan nilai modal insan yang tinggi, rakyat Jepun dan Korea Selatan berjaya membuka mata dunia terhadap kemajuan yang dicapai. Rakyatnya mempunyai kesetiaan tinggi bukan saja terhadap negara, malah pekerjaan,” ujar Ismail.
Menurut beliau lagi, peranan pembangunan sosial perlu diseimbangkan dengan pembangunan fizikal kerana modal insan juga mampu meningkatkan mobiliti masyarakat dalam membentuk anjakan paradigma ke arah mencapai masyarakat yang cemerlang.
Kesimpulannya pemahaman mengenai kepentingan modal insan perlu diberi penekanan di kalangan rakyat supaya mereka memahaminya dan memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan serta mencapai matlamat . Bagi memastikan Malaysia maju mengikut acuan yang tersendiri, pembangunan modal insan secara menyeluruh dan bersepadu perlu dijalankan supaya dapat membentuk individu berketerampilan dan berkualiti dalam melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Istilah ‘glokal’, yaitu menguasai cara pikir dan perilaku lokal untuk memenangkan kompetisi global, makin populer di kalangan bisnis. Sebetulnya, sejarah kita telah mencatat lama hal ini. Pada abad lalu, Snouk Hoergronje, sebagai seorang Belanda, secara tekun mempelajari adat istiadat orang Aceh, bahkan sampai memeluk agama Islam, untuk bisa menaklukkan dan berkuasa di Aceh. Saat sekarang, bagi para eksekutif negara barat, rasanya tidak lengkap bila mereka tidak menguasai kultur dan bahasa bangsa di Asia, seperti Cina, Jepang, Korea, juga Indonesia. Orang-orang cerdas ini tampak sangat paham di mana ‘hotspot’ bisnis dunia dan berusaha mendudukinya.
Bagi kita, bangsa yang dipelajari, kita bisa saja merasa bangga bahwa bangsa lain yang sudah maju, meminati bahasa dan kultur kita. Di lain pihak, kita perlu berpikir cepat, apakah kita sendiri tetap akan adem ayem sementara bangsa lain sudah mengerti, memahami dan bahkan sudah menguasai cara pikir dan tindakan kita? Apakah sebagai negara yang paling kaya sumber daya alam, maupun sumber daya manusia ini kita sudah berada dalam posisi kontrol yang baik? Apakah nanti kita perlu membeli mahal hasil sumber daya alam kita sendiri karena nilai tambah dari pengolahan dan pemasarannya dikuasai bangsa lain?
Sudahkah kita sebagai manusia andalan negara tercinta berperan dalam menciptakan nilai tambah, agar negara kita berkembang dan mampu berkompetisi dengan negara lain? Sebagai tenaga kerja Indonesia, kami bangga EXPERD bisa menjual servis pada bangsa sendiri tanpa perlu membeli produk asing. Indonesia sebagai ‘pasar’ yang manusianya mendekati 300 juta orang memberi peluang berkembang yang tidak sedikit. Persaingan dengan perusahaan yang mengincar pasar di negara kita bisa dihadapi kalau saja kita punya kesiapan, mindset, sikap dan perilaku yang mengglobal.
Tahun 90-an, saya mengunjungi Pusat Operasi Pupuk Kaltim di Bontang. Saya bersama rekan menginap di guest house yang representatif tapi tidak berlebihan. Semua yang kita perlukan tersedia, seperti halnya menginap di hotel standar bintang 4. Waiter-nya sopan, selalu memperhatikan apa kebutuhan kami sebagai tamu. Pelayanan di meja makan berkualitas hotel internasional walaupun yang disajikan adalah makanan Indonesia seperti layaknya dapur rumah kita. Seketika, saya berkomentar, “ini namanya ’think global, act local’!”. Jago kandang tetapi meng-global. Untuk masuk dan menjual servis ke bangsa sendiri kita perlu mendalami apa kebutuhan khas bangsa kita dan mengajak bangsa kita untuk maju dan bekerja dengan standar internasional.
Kenali Nilai Tambah Lokal untuk Transaksi Global
Tidak perlu menjadi kebarat-baratan untuk meng-glokal. Tidak perlu selalu berorientasi ke luar negeri sampai bersikap seperti ’kacang lupa pada kulitnya’. Saat berbicara mengenai travelling, banyak orang terlintas Singapur. Pernahkah kita melihat betapa turis asing mendalami dan mempelajari budaya Toraja, sementara kita cuek, tidak berminat? Sikap inilah yang merupakan awal kekalahan kita dari bangsa asing. Dan sikap inilah yang perlu segera ditumbuhkan pada generasi muda kita.
Kita mesti jadi jagoan di ‘rumah sendiri’, tahu detil negara sendiri, update dengan hasil penelitian tentang sumber daya negara sendiri dan kenal bagaimana cara mengembangkan nilai tambahnya. Cara kita membuat nilai tambah inilah yang membutuhkan kesejajaran dengan dunia luar. Trampil, fasih dan lancar mengakses dunia luar, bekerja dengan perbedaan waktu, bernegosiasi, bertransaksi dengan perspektif dan pola pikir mitra bisnis sudah harus ada di dalam sikap sehari-hari.
Sikap Terbuka dalam Kompetisi Terbuka
Sudah berapa lama negara kita melakukan proteksi terhadap sumber daya alam maupun manusianya? Sadari bahwa praktik monopoli sudah usang, sekarang kita berada dalam era kolaborasi yang berlandaskan ”keterbukaan”. Percepatan bisnis tidak akan didapat melalui ketertutupan. Justru keterbukaan perlu dijadikan daya jual bangsa kita agar menarik untuk dijadikan mitra dalam berbisnis.
Sebagai pekerja Indonesia kita mesti ubah target. Kita perlu menguasai dan menghafal mati ipoleksosbudhankam kita sendiri , dan menjadikannya sebagai ”kekuatan”. Bersamaan dengan itu, kepemimpinan kita ditantang untuk memimpin dan mempengaruhi bangsa lain melalui kekuatan berkomunikasi, mendengar, meriset dan mengemukakan pendapat. Kita selalu perlu merasa bahwa kita adalah bagian penting dari perkembangan bisnis dunia, jago integrasi dengan otonomi lokal, karena kita memang paling piawai soal ke-’lokal’-an.
Berpikir dan Bertindak sebagai ’Pemain Global’
Kita perlu senantiasa berpikir bahwa kita adalah ’pemain global’, melihat dunia sebagai dusun global, tidak berbatas. Kita pun harus punya cara berespon, belajar, bepergian yang berbeda. Lebih gesit, lebih toleran, lebih mau beradaptasi di mana-mana. Bisa hidup dengan suku dan bangsa lain dan pandai mengaplikasikan aneka metoda baru. Hanya dengan pemikiran dan pengetahuan tingkat global kita bisa meng-customized kebutuhan lokal.

Apa itu 'Glokal'?'Glokal' ialah perkataan yang diperkenalkan oleh Najib. Pada Najib ia adalah gabungan perkataan 'Global dan Local'. Maksud kepada perkataan tersebut masih lagi kabur kepada saya.Saya mencari makna 'Glokal' di dalam kamus Dewan Bahasa Edisi ke 4, namun, tiada perkataan 'Glokal' yang dijumpai. Mungkin ia akan dimasukkan di dalam kamus Dewan Bahasa versi akan datang. Mungkin.Saya cuba memberi makna 'Glokal' tersebut kepada apa yang telah Najib lakukan di Perak ini, iaitu, makna yang paling sesuai untuk 'Glokal' ialah,
"Walaupun anda melayu dan berada di Malaysia, anda harus bersikap seperti orang bukan Melayu, tidak perlu memberi penekanan kepada ajaran Islam, iaitu apa jua matlamat ia akan menghalalkan segala cara.Tidak kira anda menzalimi, menindas, yang penting jika anda ada kuasa, anda boleh menidakkan yang haq. Sepertimana Najib menzalimi Kerajaan PR Perak, merampasnya dengan cara yang paling kotor sekali."Itulah 'Glokal' pada saya. Selagi mana kamus Dewan Bahasa tidak mengeluarkan maksud sebenarnya 'Glokal' selagi itulah saya akan berpegang dengan apa yang saya maknakan.
Ucapan DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK

Pada tahun 1992 dan 1993 ketika saya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, telah dianjurkan siri latihan yang bertemakan Akar Teguh Akal Canggih (ATAC) kepada pemimpin-pemimpin pemuda seluruh negara. Istilah glokal belum kedengaran lagi pada masa itu. Namun pada hakikatnya harapan untuk menjadikan Akar Teguh Akal Canggih di kalangan pemuda pada ketika itu adalah membawa maksud yang sama iaitu persiapan kekuatan dalaman dan luaran untuk berjaya di negara dan antarabangsa. Pada 19 Julai 2005, dalam ucapan perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, istilah Melayu Glokal adalah kali pertama disuarakan. Saya telah menyebut bahawa maksud glokal adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan lokal. Global melibatkan antarabangsa, internasional dan seluruh dunia sementara lokal bermaksud tempatan, nasional dan dalam negara kita ini. Melayu Glokal yang dihasratkan ialah Melayu yang berakar nasional dan berakal internasional. Akar kita berpaksi di dalam negara namun akal kita menerjah di arena antarabangsa. Kita perlu hebat di kota dan desa dan kita juga perlu berperanan di serata dunia. Kita mahukan Melayu Glokal berpaksikan kepada budaya Melayu yang murni dan bertunjangkan dengan ajaran agama Islam yang suci. Dalam ucapan berkenaan saya juga telah menggariskan bahawa untuk menjana Melayu Glokal, kita perlu mengambil lima tindakan: Pertama, melalui ilmu dan pendidikan, kedua, melalui pembangunan ekonomi, ketiga berpaksikan penghayatan agama, keempat kekuatan jati diri melalui transformasi budaya dan yang kelima memperkasakan politik berteraskan idealisme perjuangan. Aspirasi glokal juga wajar bermula daripada kepimpinan pelbagai peringkat agar menjadi sebahagian daripada aspirasi masyarakat.Setelah ucapan berkenaan saya lontarkan, terdapat pelbagai sambutan daripada pelbagai pihak. Saya tidak menafikan bahawa perkataan glokal atau ‘glocalization’ adalah daripada bahasa Inggeris yang telah wujud sebelum ucapan saya lagi. Dalam buku berjudul “The World Is Flat” karangan Thomas L. Friedman terbitan tahun 2005 misalnya, istilah ‘glocalization’ ada disebut. Istilah glokalisasi juga dikupas dalam buku “Dinamika Bangsa Melayu” terbitan UKM tahun 2004. Namun frasa Melayu Glokal belum pernah diutarakan sebelum ucapan saya. Ingin juga dijelaskan bahawa Melayu Glokal adalah pelengkap kepada gagasan Personaliti Unggul yang disebut oleh YAB Perdana Menteri. Ianya wajar dilihat sebagai bersesuaian dengan konsep Islam Hadhari, yang juga melibatkan usaha untuk pembangunan bangsa yang maju.Terdapat sebuah buku baru cetakan tahun 2006 ini yang berjudul “Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal” tulisan Dato’ Dr. Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku tersebut menghimpunkan tulisan 40 artikel Dato’ Dr. Hassan pada tahun 2003 dan 2004 berhubung soal memperkasakan bangsa melalui pelbagai kekuatan. Gagasan Melayu Glokal pula saya utarakan pada tahun 2005. Buku ini adalah contoh sambutan cendiakawan tentang konsep Melayu Glokal. Oleh itu, konvensyen seumpama ini adalah menepati objektif agar konsep Melayu Glokal dapat lebih difahami dan dikembangkan.Ayuh kita melihat sedikit kajian mengenai sejarah orang Melayu. Jika kita merujuk kepada buku Prof. Syed Hussien Al Atas yang bertajuk “Mitos Pribumi Malas”, beliau telah menganalisis asal usul, punca dan akibat pribumi yang malas iaitu orang Melayu daripada abad ke 16 hingga ke 20 di rantau ini. Beliau merumuskan bahawa orang Melayu dianggap pemalas oleh kolonial Barat kerana orang Melayu tidak mahu bekerja dengan penjajah yang menjatuhkan maruah mereka. Sarjana barat disebut pada ketika itu cenderung untuk menjatuhkan maruah pribumi Melayu. Namun, tuduhan kemalasan Melayu bukan disebabkan oleh malas yang sebenar. Sebaliknya adalah disebabkan oleh penolakan mereka untuk bekerja sebagai buruh ladang dan ketidakadilan yang diterima oleh mereka dalam kegiatan ekonomi kapitalis yang dikuasai oleh penjajah. Dibuktikan juga bahawa masyarakat Melayu akan rajin apabila minatnya timbul. Oleh itu, generalisasi masyarakat Melayu malas adalah tidak tepat dan suatu mitos. Sekarang ini bangsa Melayu masih ketinggalan. Oleh itu adakah pribumi malas masih lagi mitos atau kebenaran? Banyak analisa telah dibuat tentang punca ketinggalan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang. Ada yang menyatakan ianya disebab oleh dasar pecah dan perintah penjajah yang meletakkan orang Melayu di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang atau estet. Ada pula yang menyebut disebabkan faktor genetik, turun temurun, sememangnya Melayu memang begitu, lantas mencadangkan perkahwinan campur sebagai satu kaedah untuk mengatasinya. Ada yang menyatakan pemimpin dan kerajaan perlu berbuat sesuatu yang drastik bagi membina Agenda Melayu kerana dianggap masih tidak cukup usaha ke arah itu. Apakah hubung kait tentang tuduhan Melayu malas dan Melayu mundur dengan Melayu Glokal? Kita perlu pastikan bahawa Melayu yang ingin menerjah ke peringkat global adalah Melayu yang tidak malas dan tidak mundur. Jika Melayu masih tidak bersedia untuk menerjah ke arena antarabangsa dan pada masa yang sama kurang berjaya dalam negara; maka Melayu akan terus layu dan tidak bermaya untuk menghadapi arus tsunami ledakan perubahan yang sedang berlaku. Tanpa menafikan tentang pentingnya mencari punca bangsa kita mengapa masih di tahap begini, kurang di sana sini – adalah lebih produktif jika kita menghayun seribu langkah, berani mulai sekarang ini untuk memahat sejarah dan mencipta tamadun. Kita sebenarnya sudah kesuntukan masa. Wawasan 2020 tinggal 15 tahun saja lagi. Apabila fajar menyingsing pada 1 Januari 2020 nanti, jangan dikesali, jangan ditangisi jika pada saat itu orang lain telah maju tapi kita masih terkebelakang. Sebelum air mata darah menitis penuh kekesalan, marilah kita bertindak sekarang. Kerajaan pula dalam Rancangan Malaysia ke 9 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mac 2006 ini sedang menyediakan pelbagai strategi untuk memacu binaupaya bangsa dan negara agar lebih hebat dan berjaya. Pada ketika yang sama, bangsa Melayu juga wajar berdikari dan wujud penambahbaikan bagi menghadapi gelombang ekonomi baru yang semakin mencabar. Ekonomi baru memerlukan penyediaan minda baru dan konsep Melayu Glokal adalah salah satu ikhtiar penting bagi menghadapi cabaran ini.13. Saya mencadangkan agar semua pihak secara terbuka dan kritis cuba memahami gagasan dan seterusnya menghayati semangat Melayu Glokal. Bagi membantu menjayakannya saya ingin menggariskan lima strategi berikut bagi menjana Melayu Glokal: Strategi pertama ialah membentuk peribadi Melayu Glokal yang berjaya: Banyak formula kejayaan peribadi dikemukakan oleh golongan sarjana, ulama’ dan perunding motivasi. Hari ini saya ingin mengemukakan satu formula kejayaan untuk dihayati bersama iaitu:Kejayaan = Wawasan X Usaha X Keupayaan X Sikap(Kejayaan adalah bersamaan faktor Wawasan darab Usaha darab Keupayaan dan darab Sikap)Wawasan (vision) melibatkan pandangan jauh, visi, objektif, matlamat, halatuju yang jelas, praktikal dan boleh dicapai. Ianya wajar diiringi dengan doa kepada Allah. Anggap markah wawasan dari 0 hingga 100.Usaha (effort) melibatkan ikhtiar untuk bertindak dan jumlah masa, tenaga dan wang ringgit yang diperuntukan untuk mencapai sesuatu bentuk kejayaan. Markah usaha dari 0 hingga 100.Keupayaan (ability) melibatkan kebolehan dan peluang untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan menerusi pembelajaran, kemahiran, bakat, suasana sekitar dan pengalaman. Markah juga dari 0 hingga 100.Sikap (attitude) melibatkan tabiat, tingkah laku, perangai dalam kehidupan, kerjaya, diri dan keluarga seperti mengamalkan nilai-nilai murni atau sebaliknya. Markah dari (negatif) -100 hingga 100. Ini disebabkan sikap adalah komponen terpenting formula ini.Jika kita sebagai Melayu Glokal ingin berjaya maka kita memerlukan keempat-empat faktor (wawasan, usaha, keupayaan dan sikap) tersebut mempunyai nilai positif. Maknanya jangan ada yang negatif atau 0. Ini penting kerana formula tersebut mempunyai fungsi darab yang jika dihitung akan menjadi 0 jika ada faktor yang bernilai sifar. Begitu juga jika ada faktor yang negatif maka keseluruhan kejayaan tersebut akan menjadi negatif juga contohnya jika sikap dan nilai-nilai murni tidak diamalkan. Strategi kedua ialah meramaikan kepakaran bersifat glokal. Dalam banyak bidang, kepakaran merupakan tiket paling berharga untuk melayakkan seseorang terlibat secara aktif di semua peringkat. Modal insan yang berupa kepakaran dan mempunyai nilai tambah adalah lebih penting daripada modal-modal yang lain. Oleh yang demikian, Melayu Glokal khususnya di firma swasta multinasional dan pusat pengajian tinggi perlu menempatkan diri dalam kelompok elit di kalangan komuniti saintifik dan profesional masing-masing. Sebagai contoh, kita perlu bukan sahaja kepakaran dalam bidang ICT dan bio-teknologi dalam negara, tetapi juga menjadi tokoh profesional atau profesor dengan menganggotai jawatankuasa tertentu serantau ataupun tokoh korporat di peringkat antarabangsa. Strategi ketiga ialah menguasai ilmu dan maklumat glokal. Ilmu tentang glokal wajarlah sentiasa disebarluaskan. Media massa perlu berperanan untuk menyalurkan maklumat yang tepat tentang peristiwa yang berlaku di peringkat lokal dan antarabangsa dari perspektif yang bersesuaian. Menerusi maklumat tersebut, maka masyarakat umum akan lebih peka dengan persekitaran global sekaligus bertindak selari dengan perkembangan semasa. “Information is power”. Dalam era teknologi maklumat, segala kecanggihan jaringan cyber wajar dimanfaatkan ke arah yang positif. Setiap keluarga Melayu wajar mempunyai sebuah komputer dalam setiap rumah misalnya. Barulah kehebatan ilmu dan maklumat dapat dirasai ledakkannya. Strategi keempat ialah membina jaringan perniagaan glokal. Dengan adanya kefahaman yang merentasi isu-isu tempatan dan rantauan, maka lebih banyak peluang perniagaan akan diperolehi. Dengan kata lain, citra glokal membolehkan golongan usahawan dan syarikat besar mengembangkan sayap perniagaan ke negara-negara yang selama ini tidak terjangkau disebabkan oleh faktor-faktor geografi dan politik. Jika dahulu persaingan kita ialah antara etnik, persaingan baru kini adalah antara negara. Sebagai contoh ialah Felda yang merupakan pemilik ladang sawit dan getah seluas 2 juta ekar adalah juga tuan punya estet terbesar di dunia. Saya telah mengarahkan Felda yang mempunyai 49 anak syarikat untuk menjadi pelaku global yang aktif. Satu ketika nanti Felda akan menjadi multinasional yang glokal sifatnya dan diterajui oleh pengurusan Melayu yang juga glokal kehebatannya. Petronas sudah menjadi glokal lebih awal lagi apabila saban tahun menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam senarai Fortune 500 dunia. Strategi kelima ialah memantapkan gerakan pasukan glokal. Kita menjadi kuat apabila bersatu dan saling membantu sesama bangsa. Ada tiga konsep penting perlu dihayati iaitu konsep “win-win” atau menang-menang, konsep “synergy” dan konsep jemaah. Apabila kita melaksanakan sesuatu jangan fikir kita menang dan orang lain kalah atau kita kalah mereka menang. Kedua-dua pihak perlu menang, barulah sesuatu usahasama dan perhubungan boleh berkembang. Seorang individu digabung dengan kehebatan seorang lagi individu akan mewujudkan “synergy” yang hebat. Sebenarnya 1+1 tidak semestinya berjumlah 2 dari konsep falsafah. Suami campur isteri akan melahirkan keluarga dengan tiga orang atau lebih jumlahnya. Oleh itu ianya membawa kepada konsep jemaah atau pasukan. Dalam Islam jika ada seorang imam dan seorang makmum dalam sembahyang berjemaah, pahalanya adalah 27 kali ganda. Oleh itu, falsafah 1+1 adalah berjumlah atau lebih. Rumusannya ialah Melayu Glokal perlu berfikir dan bertindak secara berpasukan untuk mendapatkan kelebihan segera dalam pelbagai bidang.Konsep, gagasan, hasrat, citra dan wawasan Melayu Glokal adalah untuk mengubah minda, sikap, paradigma dan pandangan hidup bangsa Melayu kepada yang lebih hebat, unggul dan mulia. Oleh itu, marilah kita dengan penuh azam dan iltizam, berdoa dan berusaha agar Melayu Glokal dapat dibina sebagai suatu janakuasa baru yang hebat dan bertenaga demi manfaat agama, bangsa dan negara.